Video https://youtu.be/o_pvlH4durY
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa pembentangan Kertas Putih Pertahanan pada 2/12/2019
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali, saya ingin mengalu-alukan usaha kerajaan dan juga Kementerian Pertahanan untuk mengusahakan satu Kertas Putih Pertahanan yang julung-julung kali dibentangkan di Parlimen. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri. Sebagai Ahli Parlimen, saya berpeluang menggunakan platform ini untuk membahaskan Dasar Pertahanan Negara. Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Kertas Putih yang mempunyai tema makmur juga, Malaysia yang Selamat, Berdaulat dan Makmur. Malaysia yang selamat, berdaulat dan baru ada kemakmuran. Malaysia yang selamat baru boleh menjana peluang ekonomi dan rakyat baru boleh menikmati hasil daripada peluang ekonomi dan juga kemodenan.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan, memberikan penghormatan saya kepada Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka. Mereka yang sedang berkhidmat, veteran-veteran ATM dan juga wira-wira kita yang memperjuangkan keselamatan dan kedaulatan negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya ada beberapa facility ATM seperti di kawasan saya ada staff station Tentera Darat di Batu Ferringhi, yang merupakan tapak latihan. Terdapat Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP TUDM) serta Markas Askar Wataniah 509 di kawasan Parlimen Bukit Bendera. Sukacita saya laporkan kepada Dewan ini, saya selalu ada peluang melawat ketiga-tiga facility ini dan telah mengadakan program bersama. Saya juga meluluskan peruntukan untuk naik taraf infrastruktur kepada ketiga-tiga facility ketenteraan ini di bawah peruntukan Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, Kertas Putih Pertahanan ini telah dibentangkan atas meja Ahli Parlimen pada hari Khamis. Saya berkesempatan untuk membaca keseluruhan dokumen ini sebanyak 90 muka surat dan saya ambil maklum bahawa usaha untuk menghasilkan dasar Kertas Putih Pertahanan ini telah berpanjangan satu tahun dan juga saya telah hadiri Perwira Consultation Forum sebelum ini. Saya juga telah hadiri conference oleh MIDAS yang sebelum ini yang membicarakan Kertas Putih Pertahanan ini. Oleh itu saya amat menyanjung dengan usaha-usaha Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Tentera Malaysia untuk menyediakanKertas Putih Pertahanan ini, satu dokumen yang penting, yang memberikan hala tuju kepada Dasar Pertahanan Negara untuk tempoh tahun 2020 sampai tahun 2030.
Saya juga berkesempatan untuk membaca Defense White Paper dari negara Australia dan juga negara China dan saya dapati bahawa Kertas Putih Pertahanan kita sebenarnya di drafkan dengan asas yang baik, dengan penghuraian, cabaran geopolitik kita. Seperti dalam Kertas Putih Pertahanan ini, geografilah menentukan karakter, nasib dan juga hala tuju negara kita. Istilah seperti galur kebenuaan, gerbang penjalin muncul puluhan kali dalam dokumen Kertas Putih Pertahanan. Malaysia sebagai sebuah negara maritim dengan Laut China Selatan, Lautan Pasifik, serta Selat Melaka, Lautan Hindi. Oleh itu, kita emphasize sebagai negara maritim amatlah berpatutan. Ini penting untuk mempertahankan pelabuhan kita, industri perkapalan kita, perikanan kita dan juga petroleum dan gas kita. Maritime area kita mempunyai dua kali lebih besar daripada kawasan darat kita.
Oleh itu pemberatan kepada kekuatan tentera laut diperlukan. Sokongan tentera udara juga perlu untuk menyokong operasi laut perlu diberikan penekanan. Saya rasa kita, buat masa ini TLDM mempunyai 44 vessels di bawah 15 kelas dengan dibina oleh pelbagai shipyard oleh tujuh buah negara. Ini akan menjadi satu masalah ataupun sokongan logistik yang amat kompleks dan mencabar. Tuan Yang di-Pertua, melalui Kertas Putih ini yang menjangkau masa tahun 2020 sampai tahun 2030, boleh kita cristalize idea-idea kita supaya ada sokongan bajet yang berpadanan. Tuan Yang di-Pertua, atas perbelanjaan ketenteraan, satu bab yang penting, saya rasa tidak ada yang muncul dalam Australian White Paper iaitu funding defence dengan butiran seperti perbelanjaan terhadap funding model untuk pertahanan kita, bagaimana kita menyokong pertahanan ini.
Tuan Yang di-Pertua, bab tersebut tiada dalam Kertas Putih Pertahanan kita. Lazimnya military expenditure dikira mengikut peratus GDP sesebuah negara. Terdapat trend penurunan dari segi perbelanjaan ketenteraan untuk Malaysia dari segi GDP. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, peratus perbelanjaan ketenteraan kita lebih kurang dari 1.5 peratus GDP kepada 1 peratus GDP pada tahun 2018. Sebenarnya kalau kita lihat sama ada perbelanjaan terhadap pertahanan kita tidak rendah kalau berbanding dengan negara-negara lain. Negara Jepun, perbelanjaan terhadap national defense kalau mengikut peratusan GDP ialah 1 peratus. Negara Germany 1.2 peratus, dan China 1.2 peratus. Negara-negara yang tinggi dari segi perbelanjaan ketenteraan adalah seperti Amerika Syarikat 3.5 peratus, Rusia 4.4 peratus dan mereka mempunyai global pleasent. Oleh itu peratusan yang tinggi.
Kalau kita lihat, kita sebenarnya meninjau dari segi ASEAN. Kalau negara-negara jiran seperti Indonesia dan Laos yang mempunyai perbelanjaan pertahanan kurang daripada 1 peratus. Oleh itu, apabila kita bandingkan GDP, sebenarnya kita tidak – kita bukan tinggi dan bukan rendah, kita sederhana. Dari segi peratus bajet yang diperlukan untuk Kementerian Pertahanan, untuk tahun 2020, Federal Budget untuk kepada pertahanan adalah 6.74 peratus iaitu sejumlah dari segi pembangunan RM3.08 bilion, pengurusan RM12.4 bilion sejumlah RM15.58 bilion. Iaitu sejumlah 6.4 peratus Federal Budget kita untuk Kementerian Pertahanan dan sebenarnya adalah penerima kelima terbesar dalam federal bajet selepas Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Perbendaharaan dan Kementerian Dalam Negeri.

Oleh itu, sebenarnya Kementerian Pertahanan Malaysia kalau kita banding dengan peratus Federal Budget, kita lebih tinggi daripada negara-negara seperti Jepun 2.5 percent, Germany 2.8 percent, negara England 4.8 peratus. Oleh itu, apabila kita melihat dari perspektif antarabangsa itu, kalau kita sebenarnya average, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Oleh itu, dalam bab terakhir Kertas Putih Pertahanan ini tidak disebutkan tentang funding tetapi dinyatakan pembentukan satu jawatankuasa pelaburan pertahanan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya berharap pembelian aset-aset ketenteraan kita, pertahanan kita hendaklah dipertimbangkan dari segi kewajarannya, logistik maintainance dan kemampuan kita. Kita tidak sepatutnya joining the arm races ataupun persaingan pembelian aset- aset ketenteraan.
Contohnya kalau negara-negara jiran kita yang ingin membeli jet F35, jet pejuang F35 keluaran Amerika Syarikat yang setiap satunya melebihi RM500 juta ataupun jiran satu lagi yang ingin membeli SU35 dari Rusia, jet pejuang. Perlu kah kita berlumba-lumba untuk membeli juga MiG-35 dari Rusia. Fighter jet sebenarnya dia amat kos tinggi. Oleh itu kita perlu memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Saya tertarik dengan bab empat untuk membina angkatan masa depan. Apabila dihuraikan terhadap tentang pertahanan udara jarak sederhana, sistem radar pertahanan udara, sistem radar pengawasan pantai dan sistem tanpa pemandu untuk menyokong operasi di kawasan teras. Itulah sepatutnya priority kita kerana priority itulah sepatutnya priority kita seperti yang sebut dalam Kertas Putih Pertahanan dan bukan kita berlumba-lumba dengan negara-negara jiran untuk pembelian aset-aset yang mahal dan yang terbaharu.
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan Kertas Putih Pertahanan ini mempunyai satu guidance supaya untuk kita membuat pembelian. Saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia kerana banyak kerja yang telah dibuat dan juga penerbitan sebuah buku "Guardian Of the Frontier" yang telah dihadiahkan kepada semua ahli Parlimen. Buku ini menghuraikan sejarah TLDM dan kerja-kerja mempertahankan kepulauan dan perairan di Laut China Selatan. Laut China Selatan turut akan menjadi satu medan yang bakal mencetuskan konflik. Banyak submarines dekat bawah, di bawah Laut China Selatan dan terdapat juga negara-negara lain seperti Australia yang ingin membeli 12 submarines. Negara China mempunyai target untuk membeli 20 submarines. Oleh itu kita lihat dijangkakan di seluruh dunia, submarines di dunia ini terdapat separuh akan beroperasi di kawasan-kawasan Indo-Pacific.
Oleh itu perlu kah kita berlumba-lumba dengan mereka untuk menambah aset-aset terbaharu yang mahal seperti ini? Priority kita seperti dalam Kertas Putih Pertahanan ialah kapal misi pesisir ataupun bot pemintas pantas, bot pasukan khas untuk operasi di laut pesisir. Oleh itu saya sangat menyanjung tinggi usaha kita untuk set the priority’s correct. Kita perlu memastikan priority kita betul dan kita perlu juga menaikkan kebajikan untuk anggota-anggota ATM kita, veteran kita harus diperbaiki dan ditingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Kertas Putih Pertahanan ini, satu polisi yang telah diumumkan sebelum ini iaitu foreign policy kita. Di bawah buku ini, foreign policy framework the new Malaysia, change in continuity dan buku ini harus dibaca bersama dengan Kertas Putih Pertahanan dan kita harus menggunakan usaha military diplomacy kita untuk dijalankan serentak diplomasi untuk menyelesaikan konflik-konflik yang potential berlaku dan military ataupun ketenteraan pertahanan haruslah sebagai langkah terakhir.
Usaha-usaha International Military Arrangements di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, seperti Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan juga kerjasama pertahanan di peringkat ASEAN dan juga perkhidmatan kita di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hendaklah diteruskan. Malaysia menempatkan seramai 26 orang penasihat pertahanan, defense attache di 25 buah negara di negara-negara FPDA, di negara ASEAN, lima buah negara besar Bangsa-bangsa Bersatu dan lain-lain.
Saya turut mencadangkan penasihat pertahanan di tambah di Jakarta, memandangkan kerja-kerja penyelamat di peringkat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta di AHA Centre serta ASEAN Secretariat – Kita juga – Seorang di Jakarta, Indonesia dan seorang lagi untuk peringkat ASEAN. Ini seperti arrangement kita di Bangsa-bangsa Bersatu, seorang untuk seluruh US dan seorang lagi untuk Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Saya turut mencadangkan penambahan penasihat pertahanan ditambah di negara-negara Iran, Qatar. Negara-negara tersebut mempunyai pengaruh di kalangan negara OIC dan perlu dijalinkan hubungan pertahanan antarabangsa yang lebih erat.
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat serantau pula terdapat pelbagai cabaran yang berlaku sebelum ini seperti ancaman konfrontasi, ancaman komunis, perang Vietnam dan sebagainya. Semua itu telah berlalu dan telah tamat. Perspektif masa depan kita perlu lihat dan imagine juga apa yang berlaku di rantau ini pada masa hadapan. Seperti pembinaan ibu kota baharu dari Jakarta di Jawa ke Kalimantan Barat dan dijangka hanya 500 kilometer dari sempadan Malaysia di Borneo. Begitu juga, dengan defense pact United States dengan Singapura yang dahulunya dari tahun 1990 sehingga tahun 2020 telah dilanjutkan ke tahun 2035. Tentera Amerika akan menggunakan pangkalan udara dan laut di Singapura.
Semua ini harus diberikan perhatian dan fikiran yang sewajarnya. Indonesia adalah merupakan kawan kita, Singapura adalah kawan kita dan semua egara ASEAN adalah kawan kita. Oleh itu, kita perlu bukan sahaja melihat perspektif dari segi pertahanan dan ketenteraan, kita juga perlu melihat kepada cabaran – bukan sahaja ketenteraan tetapi non-state actor ataupun pelaku individu dan bukan negara. The lone wolf, lanun-lanun, Abu Sayyaf dari perairan Sabah, aktiviti perikanan, pencerobohan di Pantai Timur dan Semenanjung dan potensi pelarian Rohingya membanjiri sempadan darat dan maritim di utara Semenanjung dan juga kes-kes yang sebagainya.
Saya rasa itulah ancaman yang bukan tradisional. Saya juga berharap, apabila – seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, serangan dron ke atas facility petroleum di Arab Saudi telah membongkar kelemahan keselamatan yang bakal menggugat aktiviti ekonomi.Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berakhir, saya ingin membangkitkan satu perkara bahawa di Kertas Putih ini juga telah menyebut tentang penahanan dan juga pendakwaan seramai 12 orang rakyat Malaysia disyaki membantu pergerakan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Saya meminta supaya pertimbangan dan kebijaksanaan Menteri supaya perkara ini tidak ditimbulkan di dalam Kertas Putih ini kerana ia masih dalam proses mahkamah.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sekali lagi memberikan penghormatan setinggi kepada warga anggota tentera Malaysia dan tahniah kepada kerajaan dan juga Menteri kerana penghasilan Kertas Putih Pertahanan julung-julung kali ini dan merupakan tunjang kepada Malaysia yang selamat, berdaulat dan makmur.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment